Mary Kay Upbeat for Her Eau de Toilette

Selamat pagi! 
Korang buat apa tu? Otw pergi kerja? Ke dah sampai tempat kerja? Engkorang dah pakai perfume belum tu? Haaa, kalau belum, cecepat sembur. Bagi wangi pagi korang. Baru la semangat nak mula kerja kan? Hehehe

Entry kali ni Aten nak cerita tentang wangian terbaru dari Mary Kay iaitu Mary Kay Upbeat for Her Eau de Toilette. Cantik kan kotak Upbeat ni? Terus jatuh cinta pandang pertama bila tengok kotak Upbeat ni. Diilhamkan untuk mereka yang sukakan muzik sesuai dengan nama yang diberikan iaitu Upbeat dan tagline mereka iaitu 'Fragrance For The Music'. Sangat catchy kan? Haaa korang kena tau ingredient yang menghasilkan wangian Upbeat. Sangat unik tau gabungan scent notes Upbeat ni :O

Opening Notes   
Gabungan antara buah beri merah, sparkling apple dan sweet nectarine (a peach of a variety with smooth, thin, brightly colored skin and rich firm flesh) yang menghasilkan wangian unik Upbeat.
The Backbeat 
Jasmine rose, muguet dan wild honeysuckle dicampur untuk menghasilkan bauan yang akan trigger semangat kita. Ia memancarkan kewanitaan, keghairahan dan semangat bergerak mengikut rentak muzik yang kita dengar.
The Finish 
Patchouli, skin musk, amber dam agarwood disatukan untuk mewujudkan suasana malam pesta yang sempurna.

Dengan gabungan bahan atas ni, maka terhasilnya Mary Kay Upbeat for Her Eau de Toilette yang sangat menarik dan wangi yang akan membuatkan kita tampil lebih yakin dengan diri sendiri dan ceria :D
Guess what? 
Mary Kay Upbeat for Her Eau de Toilette merupakan salah satu perfume favourite Aten sekarang ni. Yeayyy! Bila Aten rasa macam takde mood je untuk buat sesuatu, Aten akan pakai perfume ni dan pasang muzik rancak, mesti terus bersemangat Aten nak mula buat kerja siap boleh goyang kepala, tangan dan badan la nak menari ikut beat lagu. Hehehe. Bau Upbeat ni sangat soft berlainan dengan perfume yang Aten pernah cuba dari Mary Kay iaitu CityScape. 

Harga Mary Kay Upbeat™ for Her Eau de Toilette:
Mary Kay Upbeat™ for Her Eau de Toilette boleh didapati pada  1st July 2016 pada harga RM 89 .

Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi Perunding kecantikan bebas Mary Kay di talian 03-77117500 dan layari www.marykay.com.my untuk pembelian. Jangan lupa LIKE facebook page Mary Kay untuk update terbaru : https://www.facebook.com/MaryKay.com.my/ :)

Post a Comment

0 Comments