Sabtu lepas Aten , Feeq dan rakan blogger lain berkesempatan ke Perkahwinan Eksklusif beramai-ramai yang dianjurkan oleh Mega Wedding Malaysia yang berlokasi di Marina Putrajaya bersebelahan Pullman Putrajaya. Ni merupakan pengalaman pertama Aten menyaksikan wedding lebih dari 1 pasangan. Hehehe. Biasa satu wedding satu pasangan je. Dalam hati Aten, "Wow, meriah jugak kawen ramai-ramai ni eh" :p hekhek
Sebanyak tiga belas (13)
pasangan pengantin telah berjaya diijabkabulkan di Masjid Putrajaya pada hari tersebut didahului dengan ucapan aluan daripada YBhg. Dato Abd Manaf, Imam Besar Masjid
Putra, Putrajaya. Perasmian persandingan pasangan-pasangan bahagia tersebut
pula telah dijayakan oleh YBhg. Dato’ Haji Nordin Bin Haji Hassan yang
merupakan Naib Ketua Bahagian UMNO Putrajaya merangkap Pengerusi Penduduk
Putrajaya.
Konsep persandingan pula bertemakan Perkahwinan Taman Di Tepi Tasik iaitu di Marina Putrajaya. Setiap pasangan dicaj hanya RM6,000 sahaja untuk pakej perkahwinan yang sungguh istimewa ini yang harga sebenar mencecah hampir RM60,000 iaitu 10 kali ganda dari harga yang dikenakan. Persandingan dalam taman di tepi tasik tampak sungguh mewah dan amat menarik buat pasangan-pasangan mempelai dan tetamu-tetamu mereka. Bestnya!
Konsep persandingan pula bertemakan Perkahwinan Taman Di Tepi Tasik iaitu di Marina Putrajaya. Setiap pasangan dicaj hanya RM6,000 sahaja untuk pakej perkahwinan yang sungguh istimewa ini yang harga sebenar mencecah hampir RM60,000 iaitu 10 kali ganda dari harga yang dikenakan. Persandingan dalam taman di tepi tasik tampak sungguh mewah dan amat menarik buat pasangan-pasangan mempelai dan tetamu-tetamu mereka. Bestnya!
Tujuan Mega WeddingMalaysia ialah untuk membantu pasangan pengantin meringankan bebanan belanja
perkahwinan tetapi masih dapat melalui pengalaman yang indah dan mewah ala
persandingan artis-artis kepujaan mereka di Malaysia. Inisiatif ini sebenarnya adalah usahasama pelbagai usahawan
bumiputra dari pelbagai industri. Projek ini boleh dikatakan non-profit
dan merupakan awareness dan bantuan untuk bakal pengantin dan ibubapa
pengantin yang kurang mampu. Penganjur bersama acara ini ialah Qistina Avenue
Events Management Sdn Bhd dan Mahligai Impian Wedding & Events dengan
kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI Putrajaya.
Pasangan pengantin mendapat pakej seperti dibawah dengan bayaran
RM6,000.00
- 200
pax jemputan untuk setiap pasangan
- Menu
Briyani istimewa
- Live
show daripada band terpilih
- Deejay
Jemputan dan PA System
- “Door
Gift” untuk setiap tetamu
- Videografi
dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara
- Liputan
khas daripada media
- Hadiah
misteri daripada pelbagai penaja istimewa
- Cruise
istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
- Pelamin
Ekskulif istimewa
- Pengurusan
majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
- Percuma
Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
- Kek
Kahwin untuk semua pasangan
- Penginapan
satu malam di Pullman Putrajaya untuk semua pasangan baru
- Wedding.com.my
(Offical portal Mega Wedding Malaysia)
- KL
Wedding Ministry (Tatarias Pelamin Mega)
- Sweet
pictures (Official Photo & video)
- Kadlawo.com
(kad kahwin)
- Scarfbucks
- Yann
Rifft Team (Makeup)
- My
Photobooth
- Coffee
Corner Faizal Azzuuri
- Hunny
Creations Event
- Eddie
Photo Video
- KayGifts
- iBawal
- Pullman
Hotel & Resorts Putrajaya
- Marina
Putrajaya
- Cruise Tasik Putrajaya
Mega Wedding Edisi 2.0 adalah pada 25 Mac 2017 & 28 Oktober 2017 di Marina Putrajaya. Pendaftaran akan dibuka mulai November ini di website www.megawedding.my (website belum update pakej) pada harga RM7,000.
Untuk maklumat lanjut, terjah dorang punya social media okayy :
Facebook: www.facebook.com/ megaweddingmalaysia
Facebook: www.facebook.com/
Instagram: @megaweddingmalaysia
Website: www.megawedding.my
Email: info@megawedding.my
0 Comments