Haritu Sunsilk kata nak bagi surprise gift kat Aten dann tadaaaaa memang buat Aten surprise! Hehhehe. Satu kotak besar muat Aten dengan belon-belon bersama-sama dengan kad undangan ke majlis pelancaran produk terbaru mereka iaitu Sunsilk Hijab Recharge.
Majlis pelancaran Sunsilk Hijab Recharge dibuat di Glasshouse @ Seputeh. Aten paling tak sabar nak pergi sebab katanya syampu terbaru dari Sunsilk ni berbeza dengan yang sebelum ni. Hehehe. Yela, kebanyakan semua gadis kat luar termasuk Aten memakai tudung atau hijab ni. Pemakaian hijab ni merupakan ekspresi luaran secara
peribadi untuk mempamerkan tahap keimanan dan melambangkan keutuhan kita semua dalam
memenuhi tuntutan agama.
Bila dah pakai tudung memang tak boleh lari dengan masalah rambut. Keperluan serta cabaran penjagaan rambut bagi
mereka yang berhijab adalah lebih sukar berbanding mereka yang tidak bertudung. Kesihatan rambut walaupun ketika bertudung bagi Aten sangat penting untuk memberi lebih keyakinan kepada kita semua untuk berdepan dengan orang lain.
Di majlis tersebut, Sunsilk
memperkenalkan Sunsilk Hijab Recharge, rangkaian produk penjagaan rambut yang
direka khusus bagi gadis berhijab a.k.a hijabster. Menawarkan kesegaran serta keharuman
berpanjangan, dan manfaat terbaik dari bahan semula jadi yang asli, Sunsilk
berhasrat untuk memberi kekuatan kepada para gadis untuk mengejar impian mereka
namun kekal memiliki rambut yang kelihatan segar dan sihat walaupun dengan
berhijab.
Kesegaran dan Keharuman Berpanjangan Sehingga 48 Jam!
Sunsilk Hijab Recharge mengandungi Fragrance Release
Pearls Technology™ yang memberikan kesegaran dan keharuman berpanjangan sehingga 48 jam –
produk pertama di pasaran yang memiliki keupayaan praktikal namun luar
biasa. Sebaik sahaja rambut dibasuh
dengan Sunsilk Hijab Recharge, kapsul haruman akan tersimpan dan terus kekal
dalam rambut. Kapsul ini
kemudiannya akan pecah apabila terkena sentuhan yang lembut lantas membebaskan
aroma wangian yang harum. Tambahan pula,
aroma wangian yang harum ini akan bertambah kuat seiring dengan pertambahan
geseran antara tudung dengan rambut.
Dalam erti kata lain, lebih banyak gerakkan kepala, rambut akan lebih berbau wangi. Ni bukan main-main tau, haritu Aten dah cuba test Fragrance Release Pearls Technology™ dekat event haritu, memang bertambah wangi bila kita geselkan rambut-rambut kita. Hebatttt!
- Segar Berhijab atau Hijab Refresh, keajaiban dalam warna pastel hijau, yang diperkayakan dengan pati buah tin dan dikenali juga sebagai buah-buahan syurga di kalangan orang Islam. Kaya dengan antioksidan, ia membantu membersihkan kulit kepala dari peluh, kesan berminyak, sel kulit mati serta rambut berminyak bagi mengekalkan kesegaran yang berpanjangan.
- Anti Rambut Gugur atau Lively Strong Hairfall** Solution, yang diperolehi dalam botol pastel oren yang ceria, diformulasikan dengan ekstrak akar ginseng. Terkenal dengan kemampuannya untuk mengekalkan nutrien, memperkuatkan rambut serta mengurangkan keguguran rambut.
- Anti Kelemumur atau Anti Dandruff, kehebatan yang terdapat dalam botol warna biru, telah direka untuk menangani permasalahan kelemumur melalui pengunaan pati buah-buahan sitrus untuk menghasilkan rambut lembut bermaya, serta agen anti-kelemumur ZPT yang akan membasmi sel kulit mati dan menghalangnya dari berlaku semula***
**
Akibat rambut putus, berdasarkan ujian makmal dgn penggunaan sistem
berbanding syampu tanpa perapi.
***
Tiada kelemumur kelihatan dengan pengunaan kerap
Usahasama Sinergi dengan AIDIJUMA
Selain dari memupuk keyakinan diri hijabster melalui rambut yang sihat dan
segar bermaya, Sunsilk mempertingkatkan lagi penglibatan kami dengan menghiasi
gadis-gadis di luar sana dengan hijab bergaya yang direka unik dan anggun serta
boleh dipadankan dengan pakaian mereka mengikut trend terkini. Menjalin usahasama yang rapat secara dengan
jenama peneraju hijab AIDIJUMA, yang turut berkongsi visi yang sama iaitu untuk
memberi kekuatan kepada para gadis untuk tampil lebih berkeyakinan, Sunsilk,
bersama dengan jenama hijab yang menjadi bualan isi rumah ini turut melancarkan
tujuh jenis skarf dengan corak eksklusif bersempena dengan pelancaran Sunsilk
Hijab Recharge
Menampilkan corak yang menyeronokkan dan segar
ceria dengan motif yang diminati oleh ramai gadis masa kini, gadis Sunsilk
boleh mengumpul kesemua tujuh corak yang ada untuk memberikan lebih warna,
lebih berkarekter dan lebih gaya terhadap pakaian seharian mereka. Empat corak
kini telah berada di pasaran, di mana gadis Sunsilk boleh mendapatinya secara
PERCUMA dengan setiap pembelian dua botol Sunsilk Hijab Recharge. Untuk membawakan debaran yang lebih hebat
untuk memiliki keseluruhan koleksi, AIDIJUMA dan Sunsilk akan melancarkan baki
tiga corak dalam masa beberapa bulan yang akan datang
Perempuan dan rambut gugur memang tak dapat dipisahkan betul tak? So, Aten dah cuba Sunsilk Hijab Recharge yang warna orange sebab untuk rambut gugur. Katanya wangi Sunsilk Hijab Recharge boleh tahan 2 hari. Balik je dari rumah haritu terus Aten cuba syampu Sunsilk Hijab Recharge ni and guess what? Memang betul wehhh boleh tahan 2 hari! Even lepas pakai tudung seharian pun ada lagi bau wangi kat rambut. Dah 10 hari Aten cuba Sunsilk Hijab Recharge. Disebabkan Sunsilk Hijab Recharge ni boleh tahan 2 hari, Aten pakai 5 kali je dalam masa 10 hari. Kalau tak, memang hari-hari Aten syampu rambut. Pheww. Alhamdulillah boleh jimat dah kat sini dannnnn rambut Aten pun dah tak gugur teruk macam sebelum ni. Rambut pun lembut je rasa. Excitednya weh! Bayangkan lah rambut Aten dah lah nipis lepastu banyak gugur pulak. Gila tak risau kan. Finally Aten dah jumpa syampu yang sesuai dengan rambut Aten dan wangi sehingga 2 hari dan membuatkan Aten selesa dengan rambut Aten walaupun bertudung. Thanks to Fragrance Release
Pearls Technology™ :D
Harga Sunsilk Hijab Recharge :Syampu dan Perapi
- 70ml – RM3.80
- 160ml – RM8.50
- 320ml – RM13.85
Dimana Nak Beli Sunsilk Hijab Recharge :
Korang boleh beli Sunsilk Hijab Recharge di semua pasar raya terkemuka, pasar raya besar, farmasi dan ajen jualan sah di seluruh negara, serta laman web e-dagang yang dilantik serta laman pasaran dalam talian. Contoh : Watsons, Guardian :)
Untuk maklumat lanjut mengenai Sunsilk Hijab Recharge , hubungi
13 Comments
Wow cantik gambar Atin...
ReplyDeleteEmi mmg dari dulu lg pengguna sunsilk.
ReplyDeleteWah bestnya
ReplyDeleteBestnya dapat surprise
ReplyDeleteWow now they have a new range for hijabsta also.
ReplyDeleteI'm also a Sunsilk Baby! But these variant and campaign is so amazing, catering specific for hijab wearers. We don't have this in Manila and I wish this is also available to cater our local hijab wearers too :)
ReplyDeleteinteresting! will recommend this to my friend. i'm impressed with their creativeness.
ReplyDeleteBestnya... akk pun pakai sunsilk..
ReplyDeletesyoknya dapat pergi ke majlis pelancaran tu ! produck sunsilk memamg tak menghampakan !
ReplyDeleteThe surprise box looks so interesting!
ReplyDeleteI didn't use sunsilk for long long time. Guess I should check it out soon.
ReplyDeleteMemang berminat nk try..Cuma yg membingungkan bila ada dua masalah sekaligus which is rambut gugur and kelemumur..Jadi yg mana satu nk pilih or pilih dua2??
ReplyDeleteIt's good, even though they're wearing hijab, they have to take care their hair as well
ReplyDelete