Buffet Ramadhan @ Restoran Rebung Chef Ismail Ahmad

Makin nak puasa ni makin banyak Ramadhan Review kan? 
Haritu Aten berkesempatan untuk ke Buffet Ramadhan @ Restoran Rebung Chef Ismail Ahmad yang berlokasi di Taman Botani Perdana dengan Encik Suami Aten merangkap photographer Aten. Hehehe.
Actually memang nak datang sini sebab ramai kata makan kat sini pun sedap. Mama Aten pun teringin nak datang sini makan-makan tapi tak berkesempatan. Restoran Rebung cukup sinonim dengan masakan tradisional masyarakat Melayu. Diilhamkan oleh Dato Chef Ismail sendiri, ada di antara menu yang disajikan jarang kita temui dimana-mana kedai seperti Rendang Pucuk Ubi, Tempoyak Daun, Aneka Kerabu dan lain-lain lagi. 
Antara hidangan utama yang dihidangkan bermula dari nasi adalah nasi putih, & aneka nasi (nasi ulam, nasi tomato, nasi minyak, nasi briyana, nasi hujan panas). Untuk lauk pauk pula, daging salai masak lemak cili api, ikan pari masak asam pedas, ikan patin masak tempoyak, masak lemak rebung dan perut, ayam percik, sambal-sambal dan lain-lain masakan rumah Melayu. Bagi tahun 2017, Restoran Rebung memperkenakan menu baru resipi khas daripada Dato Chef Ismail iaitu ayam golek akan disajikan sepanjang bulan ramadhan
Selain daripada hidangan utama, terdapat juga hidangan sampingan yang tidak kurang hebatnya. Rebung juga mengenengahkan makanan kaki lima atau hawkers food. Terdapat 6 Action Stall yang disediakan dimana staf akan membuat roti jala, menguli onde-onde, menebar murtabak, memanggang ikan yang kemudiannya dihidangkan bersama sos cicah asam, pisang goreng, dan jemput-jemput bawang dimasak panas dan dihidangkan terus di atas pinggan. Bagi pencuci mulut pula, kuih muih tradisional seperti seri muka, karipap, apam berlauk, sago gula Melaka, dodol cair, pulut kacau, aneka bubur dan lain-lain suda pastu menjadi pilihan sebagai hidangan penutup bagi acara buffet Ramadhan
Pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan, Restoran Rebung menyediakan lagu-lagu irama Ghazal secara live oleh sebuah Kumpulan Ghazal yang diundang khas pada tiap-tiap tahun.
Harga Buffet Ramadhan @ Restoran Rebung Chef Ismail Ahmad
Dewasa : RM79.50 nett
Kanak-kanak : RM53.00 nett (5-11 tahun)
Untuk maklumat lanjut mengenai Restoran Rebung, hubungi 
Restoran Rebung Chef Ismail Ahmad
Alamat : 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman Kuala Lumpur, Malaysia
Facebook : https://www.facebook.com/RestoranRebungChefIsmail/
Contact no : 03 2276 3535

Post a Comment

0 Comments