
Dalam
era sosial media yang laju, mempunyai gambar yang cantik adalah penting. Siapa
tahu apabila rakan kita akan menangkap dan memuat naik foto anda di Facebook?
Bayangkan ketika itu wajah kita lesu dan kita sedang memakai T-shirt kesukaan
kita yang selesa tetapi agak buruk! Oleh itu, betapa pentingnya mempunyai wajah
baru yang segar setiap masa yang boleh membuatkan orang di sekeliling kita iri
hati!
Dengan
kanta lekap kosmetik berwarna Lacelle dari Bausch + Lomb, kita akan memiliki
wajah yang berbeza setiap hari dalam seminggu. Menggabungkan rekod keselamatan
yang di iktiraf di peringkat global dan berinovasi canggih, Bausch + Lomb siri Lacelle
Diamond Daily dan Lacelle Jewel adalah pilihan yang sangat tepat untuk memakai
kanta lekap bagi seorang fashionista.
Bausch
+ Lomb Lacelle Jewel merupakan kanta lekap berwarna pakai buang bulanan yang
mempunyai corak permata unik. Reka bentuk kanta lekap ini sangat nipis dengan
ketebalan 0.078mm dan kandungan air 38% dapat memberi keselesaan kepada si pemakai. Sementara itu,
bahan polymacon dapat mengurangkan penyerapan protein untuk kebersihan dan memudahkan
untuk memakai kanta lekap ini. Lacelle Jewel boleh didapati dalam tujuh warna
iaitu Melanite Black, Topaz Brown, Crystal Grey, Amber Brown, Amethyst Violet,
Sapphire Blue dan Peridot Green.
Seterusnya,
Bausch + Lomb Lacelle Diamond Daily ajaib mempersonakan mata dengan kilauan
seperti berlian dan menyediakan kemudahan serta kebersihan dengan memakai kanta
lekap pakai buang harian ini. Dengan ukuran diameter iris 14.2mm ini akan
membuatkan si pemakai kelihatan seperti mempunyai mata yang cantik tanpa
menggunakan mekap. Lacelle Diamond Daily mempunyai 3 warna iaitu Aqua Glacier,
Champagne Brown dan Pink Rose
Memakai pakaian formal tidak semestinya harus
kelihatan kosong dan membosankan. Kita perlu menonjol dari orang ramai dan
kelihatan seperti seorang wanita yang berjaya. Pakai pakaian yang ,enunjukkan sentuhan
elegan dan sesuaikan dengan Bausch + Lomb Lacelle Jewel Amber Brown. Ia juga dapat menonjolkan
mata kita. Pembayang mata biru gelap dan merah jambu terang menambahkan lagi warna
pop berserta dengan pemerah pipi berwarna merah jambu gelap dan gincu berwarna
peach akan menambahkan cahaya kesihatan seseorang yang menikmati kejayaan
korporat.
Untuk malam
yang istimewa, baju peplum dapat menambahkan lagi rasa bergaya. Tudung berwarna
biru terang melengkapkan keseluruhan gaya. Untuk menyesuaikan warna biru terang
ini, Bausch + Lomb Lacelle Diamond Aqua Glacier merupakan pilihan warna kanta
lekap yang paling sesuai! Dengan pembayang mata berwarna hijau akan menjadi
pelengkap tona warna biru mata dan pakaian anda. Pemerah pipi berwarna merah
jambu terang dan gincu berwarna merah jambu gelap memberi kontra dan
melengkapkan lagi wajah anda untuk majlis yang tidak dapat dilupakan.
Harga Lacelle Jewel dan Lacelle Diamond Daily :
Siri
Bausch + Lomb Lacelle Jewel dijual dengan harga RM68 sekotak untuk 2 keping.
Siri
Bausch + Lomb Lacelle Diamond Daily dijual dengan harga RM42 sekotak untuk 10
keping dan RM110 sekotak untuk 30 keping.
Kedua-dua
siri Lacelle ini boleh didapati di semua kedai-kedai optik utama di seluruh negara.
Bausch + Lomb
Tel: +603-7680 8830
No rujukan : LOTJ 2017-04-048
0 Comments