Semalam Aten berkesempatan ke pelancaran inisiatif MILO® Aktif Negaraku di Surian Tower. MILO® yang telah memacu
pembangunan di sukan peringkat akar umbi di Malaysia selama lebih 60 tahun bertekad untuk
membantu seramai lima juta rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup aktif menerusi
pelbagai jenis program sukan yang disediakan di bawah inisiatif MILO® Aktif Negaraku.
Alois Hofbauer, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Lebih daripada 60 tahun, MILO® telah membekalkan tenaga dan nutrisi kepada rakyat
Malaysia dan tidak mengenal lelah untuk membangunkan sukan tanah air serta
menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih aktif. MILO® Aktif Negaraku
adalah sebahagian daripada rancangan berterusan kami untuk memperluas misi
menggalakkan = lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif. Inisiatif ini mencerminkan janji kami
untuk memberikan Good Food, Good Life kepada semua rakyat Malaysia.”
Bagi menggalakkan lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif, siri-siri aktiviti sukan akan
dijalankan di seluruh negara sepanjang tahun melalui inisiatif MILO® Aktif Negaraku. Inisiatif
ini akan menghimpunkan pelbagai platform sukan yang disokong MILO®, termasuk MILO®
Champions Clinic, MILO® ActivJam Senamrobik, MILO® Hidup Bola, Hari Sarapan Malaysia
MILO® serta pengenalan teknologi canggih MILO® Bola Juara. Menerusi pelbagai aktiviti ini,
MILO® Aktif Negaraku mampu mewujudkan pelbagai peluang untuk memulakan gaya hidup
aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.
MILO® Bola Juara, “Smart Ball” unik yang dihasilkan oleh MILO® akan diperkenalkan buat
julung kali di pentas dunia sempena pelancaran MILO® Aktif Negaraku. Apabila dihubungkan
dengan aplikasi telefon bimbit, MILO® Bola Juara mampu menjejak pelbagai pergerakan yang
dibuat, sekaligus membolehkan para pengguna menjejaki aktiviti dan perkembangan amalan
sukan mereka. MILO® Bola Juara bakal ditampilkan di pelbagai acara MILO® Aktif Negaraku
di seluruh tanah air dalam beberapa bulan ini bagi menggalakkan kanak-kanak dan ibu bapa
di setiap negeri menjalani gaya hidup lebih aktif dengan bantuan teknologi canggih ini.
Aten pun tak lepaskan peluang untuk mencuba MILO® Bola Juara, “Smart Ball” yang unik dan terbaru ni :D
MILO® Champions Clinic: Edisi Barca yang bakal berlangsung dari 31 Mac hingga 13 Mei
akan menyaksikan kanak-kanak dari seluruh Malaysia menjalani latihan dengan jurulatih
terkemuka tanah air, Azman Adnan dan Coach Yong. Lebih menarik lagi, 19 kanak-kanak
yang telah menyertai Klinik Juara MILO®: Edisi Barca akan berpeluang berkunjung ke Camp
Nou, stadium kebanggaan FC Barcelona!
Beberapa MILO® Champions Clinic untuk enam sukan lain turut akan dilancarkan pada tahun
ini, di samping pelbagai akitiviti lain dalam inisiatif MILO® Aktif Negaraku, termasuk MILO®
Hidup Bola yang bakal kembali mengujakan semua.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ni boleh terjah media sosial MILO® di :
0 Comments