Haritu Aten berkesempatan untuk ke Preview Buffet Ramadan di The Venue Shah Alam. Alhamdulillah sebelum Aten pop, sempat la jugak pergi ke few buffet ramadan sebelum kena berpantang. Hehehe.
Tahun ni, The Venue Shah Alam kali keduanya akan mengadakan buffet ramadan kepada mereka yang mahu menikmati sajian bufet yang luas untuk memilih dan menikmati hidangan ramadan kegemaran mereka. The Venue Shah Alam telah berkolaborasi dengan Chef Nabil Md Salleh sebagai chef utama untuk menyediakan hidangan makanan tradisional Malaysia yang hebat. Antara kelainan yang dibawakan oleh The Venue Shah Alam ialah Ayam Semor dan Nasi Syamin dari Johor. Selain itu, terdapat juga daging kuzi, makanan asli dari Kelantan, dipanggang dengan herba dan rempah-rempah yang terbaik untuk menarik minat selera makan dan disajikan dengan nasi briyani, ayam mandy dan bumbu serta masak lemak cili padi dan patin masak tempoyak.
Selain itu, terdapat juga kegemaran tempatan seperti ayam kampung ayam goreng, ayam tikka masala, assam laksa, char kuay teow yang terkenal. Di samping itu, akan terdapat kios keropok seperti keropok lekor, keropok udang dan keropok sayur yang sesuai dengan citarasa korang. Tidak lupa juga sayur-sayuran, ulam-ulaman kampung dengan pelbagai jenis sambal dengan pilihan kerabu.
Untuk tahun ni, The Venue Shah Alam telah melancarkan dewan baru di tingkat 2 yang dinamakan Event Hall yang dapat menampung sehingga 250 pax pada satu masa. Oleh itu, untuk ramadan bufet tahun ni, The Venue akan mempunyai dua dewan termasuk dewan utama yang luas yang dapat menampung sehingga 400 pax pada satu masa. Untuk kemudahan tetamu, semasa bufet ramadan, The Venue juga menyediakan ruang solat untuk Solat Maghrib dan Solat Isyak. Kemudahan parking juga banyak.
Buffet Ramadan di The Venue Shah Alam akan disediakan setiap hari dari pukul 6 petang hingga 10 malam dari 18 Mei hingga 12 Jun 2018. Hidangan yang disediakan juga berbeza mengikut hari.
Harga Buffet Ramadan The Venue Shah Alam :
RM68 nett bagi orang dewasa
RM40 nett bagi setiap kanak-kanak antara 4 dan 12 tahun
RM60 nett seorang untuk warga emas berusia 55 tahun ke atas
Harga Buffet Ramadan The Venue Shah Alam Early Bird (15 April - 10 Mei)
RM58 nett bagi setiap orang dewasa
RM35 nett bagi setiap kanak-kanak
RM50 nett bagi setiap warga tua
Bagi tetamu yang memilih untuk menganjurkan perhimpunan buka puasa secara private, The Venue menawarkan pilihan menu bermula RM50 nett setiap orang untuk sekurang-kurangnya 100 orang
0 Comments