Hi readers Aten semua,
Harini Aten nak cerita sikit tentang pengalaman Aten bersalin di musim PKP 2.0 ni. Harap post ni dapat membantu seba sedikit untuk korang yang nak tau pengalaman bersalin di musim PKP 2.0 ni.
Aten dapat tau Aten pregnant tahun lepas masa bulan puasa. Ahh sudah time patut Aten period, Aten tak period. Dari situ dah tau dah Aten pregnant. Beli la pregnancy test. Lepas sahur, Aten test and betul la Aten pregnant. Time tu PKP 1.0 .
Tepat 10 minggu Aten pergi ke KK untuk bukak buku pink. Memandangkan mengandung pertama Aten ada kencing manis, kalini Aten jaga kaw kaw punya supaya takde kencing manis. Alhamdulillah 2 kali minum air gula, dua2 takde kencing manis. Punya la lega sebab takyah record BSP sebelum dan selepas makan. Leceh tau. Hahaha. Cukup la masa anak first je kena record menda alah tu. Hahahah
Anak pertama Aten, tepat 40 minggu baby taknak keluar2. Jadi kena serah diri kat hospital. Kena induce sebab ada kencing manis. Nak taknak kena keluarkan baby jugak untuk elakkan kena czer incase baby besar.
Pengalaman mengandung kali kedua pulak, disebabkan Aten takde kencing manis, doctor extend lagi 9 hari untuk serah diri kat hospital. Fuhhh! Dah 40 minggu jangan cakap la, jalan pun dah macam penguin. Ni nak tambah lagi 9 hari. Kebetulan masa checkup 40 minggu, doctor check bukaan. Dah 2cm wehhh. Tapi dinding rahim tebal lagi. So doctor suruh balik dulu. Lepas 9 hari takde tanda nak bersalin baru serah diri. Since doctor dah check bukaan masa 40 minggu tu, darah dan lendir ada keluar sikit2. Sekejap ada sekejap takde. Walaupun orang kata, ada darah keluar je terus pergi hospital, Aten tak pergi pun. Sebab ramai gak yang pergi hospital tu, doktor suruh balik.
Sampai la tepat 41 minggu, Aten dah start rasa contraction kerap dan lama. Lepas dinner, Aten terus ajak Feeq pergi hospital. Doktor check bukaan dan 3cm and dah kena warded. But before that, HUKM(PPUKM) akan suruh korang buat swab test COVID19. Kalau negative baru boleh masuk wad. Berair lah jgk mata doktor tu cucuk dalam hidung swab test tu. Hahahaha! Alhamdulillah Aten bebas COVID19! Hehehe
9.30 malam Aten masuk wad. Wad sama macam first pregnancy Aten cuma lain katil je. Hehehhe. Aten pun dah familiar dengan layout wad tu. Opss! Lupa nak bgtau, deposit sebelum masuk wad kena bayar RM750 dulu tau. Harga still sama macam 3 tahun lepas Aten bersalin anak pertama Aten. Hehehe
Lepas dah masuk wad tu, cam biaso kena cucuk jarum besar ni. Serammmm tengok. Hahaha. Memandangkan bukaan Aten baru 3cm, doktor suruh dok kat katil layan contraction dulu. Lepas 4 jam baru doktor check balik bukaan. Tepat 1.30 pagi, Aten pergi bilik prosedur untuk check bukaan dah 5cm. Terus nurse tolak naik wheelchair ke labor room. Dekat katil Aten, nurse ambik phone Aten je. Barang baby apa semua takpayah. Penat Aten pack baju baby. Hahaha. Btw, husband korang takleh teman tau kat katil. Hanya boleh tunggu kat luar wad dan juga luar labor room. 2 pagi Aten masuk labor room layan contraction. Sumpah sakit gila weiii. Doktor siap tanya nak epidural tak, Aten cakap nakkkk sebab sakit sesangat. Tapi tak sempat cucuk epidural(doktor busy sangat sbb labor room penuh), tepat 2.56 pagi second baby Aten pun lahir. Tak sampai sejam, adik baby dah keluar. Alhamdulillah Allah permudahkan. Fuhhh lega gilaaaaa dah bersalin. Hilang terus contraction. Hahaha. Disebabkan time Aten ke labor room tu semua penuh, doktor attend kat ibu yang lebih memerlukan doktor. Baby Aten nurse yang sambut. Ok la dari beranak sorang2. Hahahha. Yang buat tak best nak bersalin masa PKP ni, husband takde nak teman kita kat dalam labor room. Kita kena tahan sakit sorang2 ye ibu-ibu. Aten pulak bila dapat tau husband takleh teman dalam labor room, memang kat rumah kena mentally & physically prepared. Ibu-ibu kena kuat tau walaupun husband takleh teman dalam labor room.
Lepas dah bersalin tu, nurse letak adik baby kat Aten untuk skin to skin kejap sebelum dorang bersihkan baby. Then nurse bersihkan uri dan keluarkan blood clot and kena jahit sikit. Hahahah. Sementara tu Aten berehat and nurse bagi minum air coklat dengan makan biskut untuk bagi tambah tenaga lepas bersalin. Lepas baby dah pakai bedung apa semua, nurse bagi baby kat Aten untuk breastfeed.
Pukul 4 gitu, baru Aten masuk ke wad balik. Haaa, time ni la husband korang boleh masuk ke wad dan azankan baby. Sementara ada husband tu, Aten bersihkan diri tukar baju yang nurse bagi. Ambik gambar baby dulu. Hahaha. Thennnnn, tidurrrr! Baby pun bagi kerjasama. Dia tidur sekali. Tapi bila ada baby lain nanges, automatik dia terjaga nanges sekali. Support member kot. Hahahhaha.
Then breakfast pukul 6.45 pagi. Awal betul. hahaha. Tapi dah lapar kan. Ngntok pun telan sajo. Kuikui. Then pukul 10.30 nurse datang suntik BCG kat adik baby. Pukul 11.15 pulak nurse datang untuk check pendengaran adik baby. 11.45 lunch pulak. Then akan ada doktor yang akan check baby, check Aten. Nak tengok baby dah kencing & berak ke. Aten pulak doktor tanya ada pening2 ke, check BP apa semua. Then pukul 3 petang doktor bagitau, Aten dah boleh keluar wad dan balik. Wehhhh tak sampai sehari Aten kat hospital. Hahaha. Mungkin sebab PKP ni, doktor taknak tahan pesakit lama2 kat hospital kot. Then Feeq pergi bayar remaining fees and then balikk. Hehehe
Thank you HUKM for the gift! Dan ubat-ubatan untuk Aten hahaha
Kos bersalin Aten di HUKM untuk kali kedua ialah RM803. A bit murah dari anak pertama Aten. Mungkin sebab bersalin kali kedua ni, Aten takde kena induce dan epidural pun tak sempat ambik sebab adik baby dah keluar. Hahaha!
Alhamdulillah semua dah selamat. Adik baby PKP 1.0 keluar time PKP 2.0. Dasat kau dik dalam perut mummy 41 minggu. Hahaha. Harini adik baby pun dah 20 hari. Hehehe. Nanti kalau rindu nak pregnant dan bersalin boleh Aten refer sini untuk kenangan. Kot bila dah baca post ni, terbatal niat nak pregnant lagi. Hahaha.
Ni pengalaman Aten bersalin anak pertama Aten di HUKM
Konklusinya, bersalin semasa PKP kat HUKM (PPUKM) :
- Sebelum masuk wad, WAJIB buat swab test COVID19
- Suami takleh teman kita kat dalam wad (tunggu kat luar wad je) walaupun visiting hour
- Suami takleh teman kita kat dalam labor room (tunggu kat luar labor room je)
- Suami boleh azankan baby lepas kita dah masuk ke wad kita
- Kalau ada barang yang kita perlukan, suami boleh masuk bagi kat kita lepastu kena keluar
Akhir kata,
ibu-ibu kena ready mental dan physical ye bila nak bersalin nanti. Yukenduit mommy!
28 Comments
Tahniah atin.. Dah ada baby baru.. Doakan cik ash ada rezeki bagi zuriat dekat suami nanti
ReplyDeletealhamdulillah.. mudahnya aten bersalin.. semoga adik baby membesar dgn sihat dan berjasa kepada orang tua.. aminnnn...
ReplyDelete-rindu nak mengandung tapi takut nak bersalin.. acaner tu...hahahah-
alhamdulilah...tq share pengalaman bersalin PKP..wife saya menunggu ari nak bersalin kat HUKM.anak ke 6
ReplyDeleteNak kena booking dulu ke untuk bersalin HUKM? Dokumen apa yg diperlukan?
ReplyDeleteya kena booking dulu. bawak referral letter dari klinik. then pergi daftar kat HUKM then dia akan bagi date untuk checkup dekat situ. Bawak je buku pink checkup bulan2 incase dorang mintak
Deletenk tanya wad bersalin di hukm sama bangunan ke dgn wad covid?
ReplyDeletemasa saya bersalin bulan 1 haritu, tak nampak pun dorang rawat pesakit covid berdekatan dengan wad bersalin. Sunyi je haritu
DeleteTahniah sis Aten, baby dan mommy kt ward pakai baju hosp je kan? Ward dan katil sama ke sebelum dan selepas bersalin?
ReplyDeleteterima kasihh. aah sepanjang duduk kat wad pakai baju hospital. wad dan katil sama je sebelum dan selepas bersalin. Jangan risau barang-barang bawak tu. Benda berharga tinggal kat rumah je. Bawak benda penting je.
Deletea'kum atin
ReplyDeleteni pengalaman beranak normal kan? atin ada info charges smua x for normal and czer delivery under semi-private hukm ni? sbb dok google x jumpe2...huhu
thanks ya n take care.
wslm aah bersalin normal. anggaran caj rawatan bersalin dekat situ ada. kalau awak nak tau, PM kita kat FB. Kat komen sini takleh upload gambar pulak
Deletetengok sini pun ada https://www.fatinbella.com/2021/07/anggaran-caj-rawatan-bersalin-di-ppukm.html
Deleteaten, saya nak tanya kita boleh request ke nak doc laki atau perempuan? kalau suami staf ukm, dapat less harga tak? if aten tahu. tq
ReplyDeletealamak tak sure boleh request ke tak tapi dua kali aten bersalin kat situ, dua2 dapat doc perempuan. Sorry taktau kalau suami staf ukm tu pun aten tak sure. cuba tanya suami, kot2 dia tau. Suruh suami tanya admin ke HR sana. Mungkin akan dapat jawapan kat situ
Deletesis, kalau suami staf ukm, free of chrges sebab ada GL Kan?
DeleteReferal letter dari kk tu kena mintak dri awal atau time dah nk dekat bersalin?
ReplyDeletebiasa kandungan 6 bulan lebih boleh mintak dah sis untuk booking bersalin dekat hospital
DeleteBaju baby bawak berapa pasang? Kena bawak barut dan bedung tak? Ke hospital sediakan?
ReplyDeletesaya bawak 3 pasang. Letak dalam plastik siap2. 1 plastik tu ada baju seluar, bedung, barut, pampers, sarung tangan kaki. Buat 3 plastik camtu senang bila nurse mintak. Hospital tak sediakan
DeleteNk tnya, masa 1st time nk booking n minta appointment date tu, time tu ke kena byr Rm750 tu atau masa kita dtg cek up 1st appointment tu ye?
ReplyDeleteRM750 tu untuk nak admit bersalin tu. Yang checkup baby tu dalam RM100++, bawah RM100 pun ada setiap kali check up
Deletedekat hukm ada kelas 1 or 2 ke
ReplyDeletesetahu saya takde. cuma ada yang macam swasta punya dekat tingkat 7
DeleteHi, untuk booking kena call PPUKM dulu atau boleh direct datang lepas dah dapat referal letter from KK? Saya ada contact pihak PPUKM tapi mereka kata tak accept for any booking due to received covid and flood patient.
ReplyDeletesaya direct pergi sana untuk booking and then dorang bagi date untuk appointment check up. yang saya booking ni tahun lepas. masa kandungan 7 bulan. So boleh walk in lagi la untuk booking. Sekarang tak sure pulak. Maaf
DeleteBoleh x nak tau pakej hrga bersalin kat sana...
ReplyDeleteBoleh tengok kat sini https://www.fatinbella.com/2021/07/anggaran-caj-rawatan-bersalin-di-ppukm.html
DeleteSwab test kt situ kan? Tu kena bayar terus atau sekali pakej? Tq
ReplyDelete