Korang percaya tak, hasil tinjauan yang dilakukan oleh sebuah syarikat tinjauan antarabangsa iaitu Ipsos, sejumlah 20,793 individu berumur antara 16 hingga 84 tahun di 28 buah negara di seluruh dunia menunjukkan terdapat peningkatan bilangan ibu bapa yang mendakwa anak-anak mereka pernah menjadi mangsa buli siber.
Buli siber adalah salah satu cara di mana pengganggu dan pembuli menggunakan teknologi moden. Dah nama pun membuli, orang yang dibuli pasti tidak akan merasa selamat walaupun dimana sahaja mereka, bahkan di rumah mereka sendiri.
Untuk pengetahuan korang, Malaysia kini berada di tangga ke-6 tertinggi di dunia dan kedua di Asia dalam masalah buli siber ni. Gejala buli siber di Malaysia berlaku setiap hari tetapi tak banyak dilaporkan kerana proses birokrasi dan undang-undang yang panjang.
Mungkin juga mereka (pembuli) tidak tahu bahawa sebarang kandungan berniat jahat di internet dengan tujuan mengganggu, memprovokasi, mengancam atau menyalahguna adalah suatu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Gangguan buli siber boleh membawa kepada kemurungan, masalah mental dan lebih teruk lagi sehingga membunuh diri terutamanya dalam kalangan remaja.
Orang sekeliling juga berperanan mendengar masalah mereka, memberi pandangan positif atau melaporkan kejadian yang berlaku sekiranya mangsa malu atau buntu nak buat apa.
Himaya Premium Hijab Medical Mask terpanggil untuk mengadakan kempen ini kerana artis kita juga tidak kurang hebatnya menjadi mangsa buli sehingga menjadi murung dan takut untuk keluar rumah. Bagaimanapun, artis Malaysia yang menjadi mangsa buli siber masih terkawal berbanding artis di Korea sehingga ramai yang gagal berhadapan dengan situasi ini sehingga membunuh diri.
Wany Hasrita yang turut menyertai acara ni berkongsi yang beliau pernah menjadi mangsa buli sehingga beliau mengambil langkah menyahaktif sementara Instagram kepunyaannya. Ianya berpunca daripada sikap netizen yang membuli di alam maya atas dasar kebebasan dan berselindung di sebalik akaun dan nama palsu. Sikap keterlaluan netizen membahayakan individu berkenaan. Mereka tidak tahu bahawa tulisan tersebut akan meresap ke dalam ingatan sehingga mengganggu kehidupan seharian.Amira Othman juga menjadi mangsa buli apabila beliau dimasukkan ke hospital selepas otot pahanya didapati terkoyak dan berdarah selepas pertama kali menyertai kelas senam berbasikal indoor tetapi orang menuduhnya mengambil pil. Katanya, 'saya enggan melayan tuduhan atau kecaman netizen kerana saya dan keluarga lebih tahu siapa diri saya.'
Elfira Loy yang sudah 15 tahun bertapak dalam industri juga sudah lali dengan 'permainan' netizen. Beliau mengambil sikap tidak mempedulikan kritikan mereka dan enggan melayan perkara remeh. Erra Fazira turut melakukan perkara serupa apabila enggan tunduk dengan kecamam netizen.
Datuk KK Chua yang melancarkan kempen anti buli siber berkata, beliau mahu artis dan masyarakat bersama-sama tampil bertindak mengatasi buli siber ini dan jangan takut untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.
0 Comments