Meh Aten nak cabar korang untuk cuba kerepek kentang pedas ni yang dijual di 7 Eleven. Aten dah cuba tapi berjaya sampai level 3. Adik Aten level 5. Pedas gilaaaaaaa! 1 keropok tu boleh makan seminggu la hahahaha
Level 1 - Easy! Sekali hadap habis Aten makan. Memang sedap Wise Cottage Fries New York Spicy Burger eksklusif ni. Tahap pedas yang sederhana. Boleh rasa smoky taste dalam keropok ni. Hehehe
Level 2 - Pun easy jugak! Hahaha 7-Eleven Hot & Spicy Potato Chips! Ada rasa masam dan manis sikit sesuai untuk dimakan pada waktu petang. Pedas pun sederhana. Sekali makan je dah habis!
Level 3 - Ada 2 jenis kerepek kentang iaitu 7-Eleven Corn Snack (Hot & Spicy) dan 7-Eleven Wasabi Potato Chips. Antara 2 ni Aten lagi prefer 7-Eleven Corn Snack. Lembut gila weiiii! Tak cukup beli 1 je. Hukhuk. Pedas tapi sedap!
Level 4 - Kerepek Herr’s Reaper. Ingat mampu habis kan. Tapi lepas 5 kali suap Aten give up! Pedas gilaaaaa. Habis la sebotol air walaupun 5 suap je. Siapa yang tahan pedas tu, skip terus Level 1 sampai Level 3. Cuba Level 4 terus ok?
Level 5 - Corntoz Spicy Buldak, Lay’s Max Ghost Pepper, dan Samyang Extreme Buldak Zzaldduk Snack. Ok cukup makan 1 je lepastu terus carik Slurpee nak hilangkan pedas dekat lidah. Salute gila adik Aten dia boleh habiskan yang level ni.
Dekat 7-Eleven bukan ada kerepek kentang je yang pedas tau, ada jugak yang food lain yang pedas seperti:
- 7-Eleven Flamin Mac & Cheese,
- 7-Eleven Sushi Spicy Salmon Mentai Inari,
- 7-Eleven Sushi Wasabi Abalone Inari.
0 Comments